|
|
Friday, November 21, 2008
Assalamu'alaikum..buat sahabat pengunjung.. ini kali ke2 saya membuat blog di blogdrive ini..dengan menggunakan nama yang sama, saya membuat semula blog menerusi laman blogdrive ini. Kali pertama blog yg saya bina sebelum ini, menggunakan heading "Haaza min fadhli Rabbi"..yang bermaksud "Inilah pemberian dari Tuhanku".. sbenarnya ayat dlm heading tu saya tiru idea abah saya yang menamakan rumah kami sebagai "Haaza min Fadhli Rabbi"..  Dan kali ini, saya menamakan sendiri laman blog saya ini dengan nama yang baru iaitu "Darussalam"..yang bermaksud "bandar yang sejahtera.." Penukaran ayat heading yang dulu dgn yg baru ini,bukan bermaksud saya tidak suka dgn ayat heading yg dulu, tapi ia lebih menunjukkan bahawa harapan saya yg baru pd blog yg ke dua ini agar ia menghasilkan satu keadaan yang sejahtera, aman dan damai. Satu keadaan yg juga merupakan kurniaan dr Tuhanku..:).. Blog yg dahulu, terpaksa didelete kerana saya jarang untuk m'updatenya. Tambah pula, sy merasakan ia tidak memberikan apa2 kesan pd ramai orang.Tapi sangkaan itu meleset rupanya..dan saya mula untuk berblog semula apabila terjadi satu peristiwa semasa sama2 berusrah di serdang bersama sahabat2 1 kawasan.. Berlakulah jejak kasih bersama adik junior di UIA dahulu..Dia mengatakan bahawa dia telah menjumpai blog saya..dan selalu juga dia menjenguk ke blog tersebut. Tak sangka pula, masih ada yg sudi untuk melawat blog itu walaupun jarang diupdate.. Jadi saya terpanggil untuk berblog semula. Dan saya berpendirian bahawa, menulis bukanlah untuk memberiTAHU, tetapi untuk mencetus MAHU agar dapat menuju MAMPU.. Blog ini, sekadar untuk melahirkan rasa kesyukuran saya pd Allah s.w.t yang memberikan kesejahteraan buat diri. Yang akhirnya memberikan kedamaian yang tidak ternilai harganya. Justeru, mungkin blog ini tidak banyak disaratkan dengan informasi2 yang canggih, cuma ianya sekadar pengisian masa yang perlu dimanfa'atkan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfa'at. sekian, wassalam..
Posted at 11:10 pm by bandarayamas
Wednesday, March 18, 2009
Kata Yusof al-Qardhawi, Ikhlas itu asas Ibadah.Tanpa ikhlas, maka tiada nilainya sesuatu Ibadah yang dilakukan. Sebagaimana kita memerlukan ilmu berkebun sebagai asas pertanian untuk menghasilkan buah, begitu jugalah sama pentingnya kita memerlukan keikhlasan dalam beribadah agar ia diterima oleh Allah s.w.t sebagai 'amalan soleh.
Untuk menjadi org yg Ikhlas amatlah sukar. Ikhlas ini ada di hati. Ia bagaikan bebola kecil yang seringkali tergelincir dari landasannya. Kadangkala ia lari. Kita tangkap agar ia tidak tergelincir dan lari. Ia mungkin tetap pd kedudukannya dlm waktu yang singkat kemudian ia tergelincir semula.
Begitulah fenomena Ikhlas yg berada dalam hati kita. Kadang ia tetap, kadang ia lari.Sungguh sukar untuk menetapkan hati yang Ikhlas.Justeru, bagaiman agaknya untuk menetapkan hati kita supaya ikhlas selalu??.
Pertamanya, perlulah kita fahami, apakah itu ikhlas dalam ibadah?Ikhlas itu adalah melakukan sesuatu ibadah hanyalah kerana Allah s.w.t. dan bukanlah kerana yang lainnya. Sebagai contoh, kita mendirikan solat, bukanlah atas dasar malu kpd orang lain jika tidak menunaikannya tetapi, kita mendirikan solat dengan hati yang dipenuhi rasa kehambaan kpd Allah s.w.t. yang Maha Kuasa yang telah menjadikan kita di dunia ini.
Antara contoh lain, jika kita memberi bantuan kepada sahabat kita, bukanlah kerana untuk menunjuk2 kebaikan yang kita berikan tetapi adalah dasar kerana Allah s.w.t semata2 yang telah dinyatakan dalam firman Allah s.w.t, surah al-maidah ayat 1: bertolong2lah kamu dalam perkara kebaikan..
Begitulah serba sedikit berkaitan keikhlasan dalam hati. Mungkin sahabat2 pembaca sekalian ada tips2 menjadi ikhlas yang boleh dikongsi bersama.
Posted at 02:46 am by bandarayamas
Permalink
Proverb Today (18/03/2009)
" A man is like a FRACTION, whose numerator is what he is and whose denominator is what he thinks of himself. The larger the denominator, the smaller the fraction"
Posted at 03:03 am by bandarayamas
Permalink
Thursday, March 19, 2009
Teori pembelajaran mengatakan bahawa, seseorang itu akan lebih mudah memahami sesuatu pembelajaran itu apabila ia disampaikan dalam bahasa yang paling mudah difahami. Sebagai orang berbangsa Melayu contohnya, sudah tentu kita lebih mudah memahami sesuatu pengajaran jika ia disampaikan dlm bahasa Melayu. Dengan perlaksanaan Pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik (PPSMI) di negara kita kini, kadang2 menjadi tanda tanya dalam diri saya adakah para pelajar kita yang Berbangsa Melayu yang bahasa komunikasi bagi kebanyakannya di rumah adalah bahasa Ibundanya iaitu bahasa Melayu, dapat memahami subjek Sains dan Matematik yang diajar di sekolah dalam Bahasa Inggeris dengan sempurna?. Ia mungkin tidak menjadi masalah jika dilakukan di peringkat pengajian tinggi tetapi ia akan menjadi satu masalah yang besar jika ia dilakukan di peringkat pengajian rendah. Orang dewasa yang belajar menggunakan bahasa Inggeris mempunyai insiatif untuk memahami bahasa inggeris tersebut dengan merujuk kamus atau sebagainya. Tetapi, golongan kanak-kanak yang masih lagi kurang suku-kata dalam bahasa Inggeris, mungkin akan cepat bosan untuk mempelajari sains dan matematik itu kerana gagal untuk memahami apa yang disampaikan oleh guru-guru mereka.Berkemungkin juga tiada masalah bagi kanak-kanak yang telah diasuh berbahasa Inggeris di rumah oleh ibu-bapa mereka. Tetapi peratusan mereka adalah sangat kecil iaitu tidak sampai 10 %. Lebih 90% menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa Komunikasi di rumah. PPSMI dijalankan atas dasar 2 perkara secara umumnya iaitu: 1. Untuk menguasai bahasa inggeris, subjek sains dan matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris. 2. Untuk menjadi kaum yang maju, kita perlu mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris kerana bangsa Inggeris telah maju. Kemudiannya dasar yang pertama dikaji semula kerana ia ternyata tidak bertepatan dengan konsep sebenar untuk meningkatkan prestasi bahasa Inggeris dan dasarnya diubah kepada berikut. 1.Untuk menguasai sains dan matematik kita perlu mempelajari dalam bahasa Inggeris kerana kebanyakan terminologi sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Apabila kita membuat kajian tentang terminologi sains dan matematik ini, kebanyakannya bukanlah berasal dari bahasa inggeris. Contoh paling mudah yang boleh kita ambil adalah nombor kosong yang dahulunya kita kenali sebagai sifar adalah dari perkataan 'arab iaitu " sifr".Kemudiannya ia ditukar ke dalam bahasa Inggeris sebagai "zero".Dari terminologi itu sendiri, kita dapat menegenalpasti, dari manakah asal usulnya perkembangan ilmu itu dihasilkan. Maka perkataan "sifr" itu menunjukkan bahawa kewujudan nombor kosong atau sifar itu adalah penemuan dari bangsa arab dan bukanlah daripada kaum inggeris. Maka di waktu itu, bangsa arab dipandang tinggi dengan perkembangan ilmunya yang sangat meluas.Maka contoh ini menolak dasar pertama yang mengatakan bahawa kebanyakan terminologi sains dan matematik adalah dalam bahasa inggeris. Sejarah graduan dari UKM yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu khususnya, telah mencatatkan betapa ramai graduan yang berjaya menjadi doktor dan ahli sains dan matematik pada masa kini. Sehinggakan boleh kita bangga graduan optometi dari UKM telah berjaya membuka rangkaian kedai cermin mata di seluruh Malaysia yg dikenali sebagai Kedai Cermin mata PRISMA. Ia jelas menunjukkan bahawa walaupun sains dan matematik di ajar dalam bahasa Melayu, penyampaian dan perkembangan ilmu itu, dapat dikuasai dengan sangat baik. Maka fahaman pembawa dasar PPSMI yang kedua di mana untuk menjadi kaum yang maju, matematik dan sains perlu dipelajari dlm bahasa Inggeris adalah tertolak. Raja Inggeris dahulunya pernah memanggil ahli sains dan matematik iaitu Newton. Raja Inggeris bertanya kepada Newton. Wahai Newton, mengapa engkau membuat kajian dan menulis hasil kajian kamu dalam bahasa lain bukannya bahasa Inggeris?.Dijawab oleh Newton bahawa dia berasa malu untuk menggunakan bahasa mereka sendiri kerana kaum Inggeris adalah yang termundur dalam perkembangan sains dan matematik pada ketika itu. Maka Raja Inggeris berkata lagi kepada Newton. Kalaulah semua ahli sains Inggeris berfikiran seperti kamu, maka sampai bila2 pun kaum inggeris tidak akan maju.Sejak dari itu, Newton mula menulis kajiannya dengan menggunakan bahasa mereka sendiri dan berlakulah perkembangan ilmu itu dengan meluasnya. Mari kita membuat kajian di seluruh dunia. Perkembangan sains dan matematik pada asalnya berlaku dengan pesatnya di tanah arab, kemudian di spanyol, perancis, jepun dan banyak lagi di negara lain.Bukanlah ia semata2nya dari inggeris yang kita selama ini hanya mengganggap kaum inggerislah yang paling maju di dunia ini. Jika benar kita secara serius untuk menguasai bidang sains dan matematik ini, sepatutnya lebih banyak lagi bahasa lain yang patut kita gunakan seperti bahasa prancis, jepun, spanyol dan lain2 lagi yang mana begitu banyak teknologi yang telah dihasilkan dari negara ini. Bahan rujukan di perpustakaan-perpustakaan kita pula perlu juga dipenuhi dengan bahan rujukan dari prancis, spanyol dan sebagainya, dan bukanlah bahan rujukan dari bahasa inggeris sahaja. Kini, kita boleh berbangga dengan graduan master dan doktor falsafah dari UKM sekali lagi yang telah menghasilkan beribu kajian yang menggunakan bahasa Melayu dan kini telah dibaca oleh ahli pengkaji di seluruh dunia. Dengan perkembangan ilmu yang dihasilkan oleh bangsa Melayu dapat memartabatkan kaum melayu itu secara langsungnya. Bangsa Melayu sangat sinonim dengan fahaman agama Islam. Sehinggakan telah terkeluar satu penyataan oleh ahli kademik sendiri bahawa anak melayu lebih mudah untuk dikristiankan jika mereka hanya belajar banyak perkara dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, apabila kita terseliuh atau terjatuh atau ditimpa musibah, akan terkeluar dari mulut org yg berbangsa Melayu iaitu "Ya, Allah"..maka kita mengaduh kesakitan kita kepada Allah yang Maha Pencipta. Jika bahasa Inggeris digunakan , maka akan terkeluarlah ayat;"Oh, god!"..Adakah god itu, akan secara terus merujuk kepada ALLAH?..sudah tentu tidak, kerana bangsa Inggeris memahami god itu sebagai Jesus Christ, bukanlah ALLAH s.w.t . Ini menunjukkan dalam bahasa itu , ada budaya dan fahaman yang tertentu yang ia sangat berkait rapat dengan kepercayaan dalam sesuatu agama. Benarlah,bahawa bahasa itu adalah jiwa bangsa. Perlu juga kita menganggap bahawa Bahasa Melayu itu adalah anugerah dari Ilahi untuk hambanya. Maha kuasanya Allah s.w.t yang menciptakan pelbagai bahasa di dunia ini. Bahasa Melayu yang merupakan bahasa Ibunda perlu kita anggap sebagai bonda kita sendiri. Jika bukan kita yang menjaga bonda kita sendiri, siapakah lagi yang hendak kita harapkan untuk menjaga bonda kita. Dan ia tidak bermaksud kita tidak boleh mengenali bonda yang lain, malah sudah tentunya kita juga perlu menghormati bonda yang lain. Marilah kita menjadi kaum yang maju mengikut acuan kita sendiri yang bersandarkan kepada keimanan kita yang teguh kepada ALLAH s.w.t.
Posted at 07:29 pm by bandarayamas
Permalink
Monday, March 23, 2009
Sejak akhir-akhir ini, abah sering berkata tentang kematian. Seorang demi seorang sahabat abah dikhabarkan telah dijemput menghadap Ilahi. Rasa sayu di hati tiba-tiba menyelubungi diri. Sedar ataupun tidak, abah kini sudah pun berumur 68tahun. Satu peringkat umur yang sudah lanjut. Abah berkata, mati itu satu yang pasti. DIperihalkan ataupun tidak, ia tetap menjemput kita. "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan." (QS. 29:57)Antara firman lain: Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (QS. 62:8). Mati bukanlah bermakna kita akan mati selama-lamanya dan tiada pula kehidupan yang lain tetapi, kita hanyalah meninggalkan dunia yang sementara ini dan masuk ke alam yang lain pula. Sebab itulah orang melayu mengatakan bahawa apabila sesebuah kematian itu berlaku, maka ia dipanggil telah meninggal dunia. Baru-baru ini, saya telah menghadiri satu kursus pengurusan jenazah yang dianjurkan oleh majikan. Sedikit sebanyak mengingatkan saya kembali tentang kematian yang akan menjemput diri. Ia tidak mengira waktu, usia, tempat dan sebaginya. Jika telah sampai waktunya, Allah tidak akan melewatkan sesaatpun dan jika tidak sampai lagi waktunya, Allah tidak pula akan memepercepatkannya walau sesaat pun. Peringatan Allah itu benar sekali. Satu kisah yang diperihalkan oleh kakak saya yang bekerja sebagai doktor di salah sebuah hospital kerajaan memberi bukti terhadap kebenaran Allah. Seorang pesakit yang ditemuramah olehnya tiba-tiba meninggal dunia di depan matanya. Sedangkan sebelum itu, pesakit tersebut sihat wal'afiat berada di atas katil. Tiada sebarang tanda yang jelas menunjukkan pesakit tersebut akan meninggal dunia. Peredaran darah, nampak sempurna. Kadar oksigen juga dalam kedaan yang stabil. Entah tidak semena2, apabila soalan diajukan kepada pesakit tersebut tentang kesihatannya, tiba2 sahaja pesakit tersebut mengadu penat dan ingin membuang air kecil. Kemudian terus sahaja nafasnya terhenti dan akhirnya kembali ke Rahmatullah. Maka, sudahkah kita bersedia untuk saat itu?.. Saat yang tidak kita ketahui bila dan di mana..
Posted at 08:21 pm by bandarayamas
Permalink
Wednesday, March 25, 2009
Proverb Today (26/03/2009)
LIFE without ALLAH is.. L-onely i-nsecure F-ull of doubt & E-mptiness LIFE with ALLAH is.. L-ight & easy i-nspiring F-ull of hope & E-nthusiasm
Posted at 10:36 pm by bandarayamas
Permalink
Monday, March 30, 2009
Posted at 10:28 pm by bandarayamas
Permalink
Monday, April 06, 2009
Pesaka Rasulullah S.A.W yang Patut Diwarisi
Mengapa saya masukkan doa keluar dr rumah sebagai salah satu dari entri saya yg lalu?Tidak lain dan tidak bukan adalah saya inigin mengajak pembaca sekalian untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Mengapa doa ini?.Doa ini adalah doa yg di'amalkan oleh Rasulullah s.a.w. Ia merupakan pesaka yg yang patut kita amalkan. Jika pesaka tanah yg ditinggalkan oleh ibu-bapa kita, tiada siapa yg hendak menoknya. Dalam hal ini, lebih2 patutnya kita terima dan amalkan kerana ia ditinggalkan oleh Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w yg merupakan insan yg sgt. mulia.
Sedar ataupun tidak, pengamalan doa ini berkait rapat dgn 'aqidah. Ia berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan. Adakah ia satu perkara biasa yang patut di'amalkan atau ia merupakan yg sgt istimewa buat kita kerana datangnya ia dari Rasulullah S.A.W. Jika kita menggunakan sasuatu minyak urut, tntunya kita gunakan minyak urut yg brand nya atau datangnya dari Langkawi kerana minyak urut tersebut telah terkenal dan diyakini dgn kemujarabannya. Maka, apatah lagi ia dtgnya dari Rasulullah S.A.W, Lebih-lebih lagi patut kita amalkan. dengan kefahaman, apa yg m'jadi sunnah jika kita 'amalkan, merupakan satu ibadah. Samada ia dikabulkan atau tidak, cepat atau lambat, tidak menjadi masalah. Tapi yang pastinya, ia satu ibadah dan jika ia merupakan ibadah, pasti ada ganjarannya dr Allah s.w.t. Walaupun Rasulullah S.A.W sentiasa ma'sum di mana malaikat sentiasa menjaga Rasulullah. S.A.W., namun, baginda sentiasa mengamalkan doa tersebut kerana ia adalah ibadah.
Jika kita hayati makna yg terkandung di dalam doa tersebut, ia mengandungi penyerahan diri kita kepada Allah s.w.t yg menentukan segala-galanya dan terdapat beberapa harapan agar dilindungi oleh Allah s.w.t dari segala keburukan.
Ayat pertama: Dengan nama Allah, aku b'serah diri kpd Allah -dengan hati penuh berserah diri kepada Allah s.w.t dan mengharap segala kebaikan dan dilindungiNya.
Ayat k2: Ya, Allah sesungguhnya aku berlindung denganMu supaya tidak sesat dan menyesatkan, tidak terpesong atau memesongkan , tidak t'aniaya atau m'aniaya, dan tidak mnjadi bodoh atau dperbodohkan.
Kita perlu mengharap pertolongan dari Allah dr sgl perkara yg tidak elok kerana apabila kita keluar dari rumah, kita akan terdedah kepada pelbagai perkara, termasuklah perkara yg akan merosakkan fiizikal dan rohani. Dengan amalan doa ini, mudah2an kita semua terlindung dari segala bahaya dan keburukan. Ameen.
Posted at 07:33 pm by bandarayamas
Permalink
Monday, April 20, 2009
Indah Kata Kerana Bahasa..Kata Bermakna, Pemangkin Jiwa
Saya menerima kata2 berikut dari seorang sahabat yang sentiasa memberi semanagt kepada saya... "The winning horse doesn't know why it runs in the race..But it knows it run faster because of the beats and pains.. The larger your pains are, the stronger you become..Life is a race, God is our rider, the harder He beats you, the stronger He make you to win, So don't be disttressed. Be a winning horse.." But..in my opinion, in fact, we have to be more than a winning horse.. by being a winner that realize why we run in the race... However, thanks to my friend by giving me this beauty word..
Posted at 04:14 am by bandarayamas
Permalink
Tuesday, May 12, 2009
Posted at 06:50 am by bandarayamas
Permalink
|
|
|